Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

Friday, November 26, 2010

Alat Bantu Mengajar Aktiviti !

Aktiviti Murid Pintar



Aktiviti 1
Aktiviti P&P  bagi murid-murid yang pintar
Hasil Pembelajaran      :     Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan non standard unit.
Bahan-bahan   :         
 2 kotak yang berisi barang
 4 gelas
 4 jag yang berisi air
1 botol mineral yang bersaiz kecil
1 botol mineral yang bersaiz besar
1 bekas plastik yang berbentuk segiempat
1 bekas plastik yang berbentuk bulat.
            Prosedur     :
1.      Teka-teki
-          Murid –murid meneka barang yang terdapat di dalam 2 kotak.
-          Bersoaljawab mengenai perbandingan barang tersebut dari segi isipadunya.
2.      Murid-murid  dipertontonkan tayangan video.
3.      Bersoaljawab mengenai tayangan video tersebut.
4.      Murid-murid  dibahagikan kepada 4 kumpulan.
5.      Terdapat 4 stesen dan setiap kumpulan akan berada di stesen-stesen yang ditetapkan. Apabila wisel dibunyikan setiap kumpulan akan beredar ke stesen lain. Setiap kumpulan dikehendaki menganggar sukatan air di dalam bekas yang disediakan.
6.      Setiap wakil kumpulan akan membentangkan hasil anggaran mereka bagi keempat-empat stesen tersebut.
7.      Ulangi prosedur yang kelima tetapi murid-murid dikehendaki menyukat isipadu cecair tersebut dengan menggunakan gelas yang disediakan.
8.      Murid mencatat jawapan ke dalam jadual seperti di bawah:

Stesen A
Stesen B
Stesen C
Stesen D
Anggaran




Sukatan Sebenar





9.      Murid-murid berbincang mengenai bekas mana yang sukatannya paling banyak dan paling sedikit  serta perbandingan sukatan.
10.  Murid-murid menjawab lembaran kerja yang diedarkan.

Alat Bantu Mengajar Aktiviti 2

Thursday, November 25, 2010

Aktiviti Murid Pemulihan

Aktiviti 2
Aktiviti P&P  bagi murid-murid pemulihan
Hasil Pembelajaran      :     Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan non standard unit.
Bahan-bahan   :         
 2 kotak yang berisi barang
 20  gelas
 4  jag yang berisi air
4  botol mineral yang bersaiz kecil
4  botol mineral yang bersaiz besar
4  bekas plastik yang berbentuk segiempat
4  bekas plastik yang berbentuk bulat.

Prosedur     :
1.      1.Teka-teki
-          Murid –murid meneka barang yang terdapat di dalam 2 kotak dengan klu-klu yang diberikan oleh guru.
-          Bersoaljawab mengenai perbandingan barang tersebut dari segi isipadunya.
2.     2. Murid-murid  dipertontonkan tayangan video.
3.     3. Bersoaljawab mengenai tayangan video tersebut.
4.      4.Murid-murid  dibahagikan kepada 4 kumpulan.
5.      5.Murid-murid  mendengar penerangan cara penggunaan bahan dan cara menyukat dengan betul.
6.      6.Setiap kumpulan diberikan bahan-bahan yang tercatat dalam jadual di bawah bersama-sama jadual tersebut.
7.      7.Setiap wakil kumpulan  dikehendaki  mencatat jawapan ke dalam jadual seperti di bawah:


Botol Mineral Kecil
Botol Mineral Besar
Bekas  Plastik Berbentuk Segiempat
Bekas Plastik Berbentuk Bulat


Bilangan Gelas

____   Gelas

____   Gelas

____   Gelas

____   Gelas


8.     8. Murid-murid berbincang mengenai bekas mana yang sukatannya paling banyak dan paling sedikit  serta perbandingan sukatan.
9.     9. Murid-murid menjawab lembaran kerja yang diedarkan.